Gulai Ayam Kampung
Bahan-bahan:
1 ekor ayam kampong dipotong 12/16
1 sudu lada kisar
5 ulas bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1 inci lengkuas dikisar
1 inci kunyit hidup dikisar
Sedikit rempah ratus
Santan (1 biji kelapa) / santan kotak
Sedikit minyak
Sedikit gula melaka
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu rempah kari ayam
1 sudu rempah gulai
1 sudu rempah masak ros
Cara memasak:
1) Panaskan minyak.
2) Tumis cili kisar bersama rempah ratus, bahan kisar, garam, gula melaka.
3) Masukkan air dan ayam.
4) Tutup periuk dan tunggu hingga ayam empuk/lembut.
5) Masukkan santan dan kacau hingga mendidih.
6) Masukkan ubi kentang.
7) Tutup api biarkan hingga naik minyak.
8) Angkat, tuang dan hidang.
Selamat mencuba:)